Manchester United Bakal Dapatkan Pemain Tengah Brazil - Bola Sepak | mStar

Manchester United Bakal Dapatkan Pemain Tengah Brazil

Diterbitkan: Selasa, 31 Oktober 2017 11:02 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United dijangka mendapatkan seorang pemain tengah yang beraksi untuk Brazil pada jendela pemindahan Januari nanti.

Legenda Arsenal, Robert Pires meramalkan, United akan mendapatkan khidmat bintang Monaco, Fabinho yang berjaya mempamerkan aksi memberangsangkan sejak tiga msuim lalu.

Fabinho sebelum ini dikaitkan bakal berhijrah ke Liga Perdana Inggeris pada jendela pemindahan pemain lalu namun ia masih belum berlaku.

Difahamkan, United, Arsenal dan Manchester City antra pasukan yang meluahkan minat mereka terhadap pemain verstail itu.

Ketika ditanya adakah United akan mendapatkan Fabinho, Pires menjawab, "Saya rasa perpindahan ini akan berlaku pada Januari atau akhir musim ini.

"Manchester City telah menyatakan minat tetapi mereka masih memiliki Fernandinho yang berjaya bermain dengan baik ketika ini."

Bagaimanapun, Pires tidak menolak kemungkinan Arsenal juga akan bersaing bagi mendapatkan Fabinho pada Januri ini.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Fabinho

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan