Wenger 'Sinis' Nasihat Sanchez - Bola Sepak | mStar

Wenger 'Sinis' Nasihat Sanchez

Diterbitkan: Isnin, 30 Oktober 2017 11:41 AM

-fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

ARSENE Wenger mengingatkan Alexis Sanchez bahawa dia mempunyai 'kontrak sosial' untuk memberikan persembahan terbaik buat Arsenal apabila pasukan itu menentang Manchester City minggu depan.

Sanchez, 28, dilaporkan sudah bersiap sedia untuk berpindah ke Etihad pada nilai £60juta ketika jendela perpindahan musim panas tetapi Gunners enggan melepaskannya pada saat-saat akhir.

Kontrak pemain dari Chile dengan kelab utara London itu akan berakhir pada 2017/18 dan Wenger menegaskan dia tidak bimbang dengan situasi ini.

Menjelang pertembungan Arsenal dengan City, Wenger berkata: "Tidak, saya tidak bimbang kerana saya tidak mencurigai persembahan atau keinginan pemain bola sepak untuk memenangi perlawanan.

"Apabila anda seorang pemain bola sepak, anda mempunyai kontrak sosial dengan seluruh pasukan dan saya tidak pernah mempersoalkannya.

"Sekali anda tidak menghormati prinsip itu, sukar untuk menyatakan bahawa anda adalah seorang pemain bola sepak."

Wenger mengakui Sanchez 'kecewa' dengan jumlah golnya yang kurang musim ini tetapi yakin pemain itu akan kembali bangkit dan menjaringkan gol.

Dia menambah: "Dia sedang mengejar gol jadi dia agak kecewa apabila tidak menjaringkan gol. Tetapi saya tidak risau. Dia bekerja keras dan dia akan segera bangkit semula. -metroUK

Tags / Kata Kunci: Alexis Sanchez , Arsene Wenger
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan