United Sedia £30 Juta Rawat Duka Pemain PSG

Diterbitkan: Isnin, 30 Oktober 2017 7:14 PM

Jose Mourinho (kiri) dan Antonio Valencia. -fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United dilaporkan merancang perpindahan seorang pemain pertahanan kelab Perancis yang sedang berduka.

Thomas Meunier dari Paris Saint-Germain (PSG) menunjukkan prestasi mengagumkan pada penampilan musim pertamanya di kelab itu musim lepas.

Tetapi, pemain berusia 26 tahun itu kini terpaksa berjuang untuk bermain selepas ketibaan ikon Brazil Dani Alves untuk kempen 2017/18.

Pemain dari Belgium itu pada awal bulan ini mengakui bahawa dia 'kecewa' dengan dengan tempoh masa bermain yang diberikan Unai Emery di Parc des Princes.

Kekecewaannya itu bagaimanapun disedari United.

Menurut The Daily Express, gergasi Liga Perdana Inggeris itu sudah bersedia dengan perpindahan bernilai £30 juta untuk Meunier.

Thomas Meunier -fotoGetty

United sedang memburu pengganti jangka panjang Antonio Valencia di Old Trafford dan difahamkan, Meunier menjadi sasaran utama Jose Mourinho.

"Ya, saya kecewa kerana saya mahu bermain dalam setiap perlawanan, sama ada menentang Gueugnon, Niort atau Bayern Munich," kata pemain antarabangsa Belgium itu awal bulan ini.

"Saya mahu selalu bermain di padang. Saya berada dalam salah satu pasukan daripada lima pasukan teratas di dunia, yang mana pemain utama dan sokongan berada di tahap yang hampir sama.

"Dan saya tidak pernah menyembunyikan bahawa saya sangat meminati  Manchester United, yang pada pandangan saya, kekal sebagai rujukan sebenar dalam dunia bola sepak."

Tags / Kata Kunci: Thomas Meunier

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan