Tenang, Jangan Terlalu Banyak Cakap - Mourinho - Bola Sepak | mStar

Tenang, Jangan Terlalu Banyak Cakap - Mourinho

Diterbitkan: Ahad, 29 Oktober 2017 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho memberitahu pengkritiknya supaya 'bertenang' selepas Manchester United menang 1-0 ke atas Tottenham Hotspur malam Sabtu.

Pengurus Red Devils itu dikritik teruk minggu lalu selepas terikat seri tanpa jaringan dengan Liverpool dan tewas 1-2 kepada Huddersfield.

Gol Anthony Martial meletakkan United di tempat kedua Liga Perdana Inggeris.

Lebih mengejutkan Mourinho menunjukkan isyarat 'senyap' apabila melihat kamera di hujung perlawanan dengan meletakkan jari di mulutnya.

"Ada orang bercakap terlalu banyak. Bertenang sedikit. Jangan cakap terlalu banyak. Tenang dan jangan terlalu gugup. Jangan terlalu teruja," katanya ketika ditanya mengenai isyarat itu.

Taktik bertahan Mourinho dikritik pengurus Liverpool, Jurgen Klopp selepas gagal membolosi gawang tuan rumah, dua minggu lalu.

Malah Mourinho turut diboo penyokong United selepas menggantikan Marcus Rashford dengan Martial yang meledak gol pada minit ke-81.

Namun tindakan itu berjaya mengubah rentak permainan United apabila Martial meledak gol tunggal pasukan itu selepas merembat tandukan Romelu Lukaku.

"Jika keputusa 0-0 atau 1-1 persaaan saya dengan pemain akan sama kerana mereka sudah memberikan segalanya. Setiap bola amat penting dalam karier mereka.

"Fokus pemain ada dan kita tidak boleh melupakan kualiti pasukan lawan kita," katanya.

Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan