Undian Piala Liga Lewat Dua Jam

Diterbitkan: Jumaat, 27 Oktober 2017 7:16 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United akan berkunjung ke Bristol City pada aksi suku akhir Piala Liga atau dikenali sebagai Piala Carabao selepas undian dilakukan pada Khamis.

Undian itu sepatutnya disiarkan secara langsung di Twitter pada pukul 4 petang waktu tempatan, tetapi ditangguh hampir dua jam kerana masalah teknikal.

"Kami memohon maaf di atas isu yang membawa kepada kelewatan siaran langsung proses undian tersebut.

"Kami juga ingin memohon maaf kepada ribuan penyokong yang terpaksa sabar menunggu berita mengenai siapa lawan pasukan pilihan mereka," kata Twitter UK dalam satu kenyataan.

Arsenal pula akan bertemu West Ham United manakala pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City diundi menentang Leicester City yang menyaksikan ulangan pertembungan kedua-dua pasukan pada 2013-2014.

City memenangi perlawanan itu dengan 3-0 sekali gus menjulang trofi Piala Liga.

Sementara itu, Chelsea diundi menentang Bournemouth pada satu lagi pertembungan suku akhir yang akan diadakan pada 18 Disember depan.

Liga Bola Sepak Inggeris (EFL) berkata beberapa masalah teknikal telah menjejaskan proses undian tersebut.

"EFL menerima permohonan maaf daripada Twitter UK kerana kelewatan itu yang dipercayai berlaku akibat encoder yang salah.

"EFL turut meminta penjelasan mengenai kelewatan itu," kata penganjur.

Undian Piala Carabao:

Chelsea lwn Bournemouth

Arsenal lwn West Ham United

Leicester City lwn Manchester City

Bristol City lwn Manchester United

Tags / Kata Kunci: Piala Liga

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan