Reus Dipantau Man United, Arsenal? - Bola Sepak | mStar

Reus Dipantau Man United, Arsenal?

Diterbitkan: Khamis, 26 Oktober 2017 7:35 AM

Marco Reus. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United dan Arsenal kini memantau keadaan Marco Reus di Borussia Dortmund dengan kontraknya bakal tamat pada 2019, menurut beberapa laporan di Jerman.

Reus berdepan dengan masalah kecergasan sepanjang kerjayanya dan kecederaan ligamen menyebabkan pemain itu diketepikan sehingga 2018.

Pemain berusia 28 tahun itu baru-baru ini mengakui akan mempertimbangkan untuk meninggalkan Dortmund untuk perubahan pemandangan.

Bercakap kepada majalah GQ: "Terdapat empat atau lima kelab antarabangsa yang menarik minat saya.

"Saya akan berumur 31 tahun pada 31 Mei tahun depan. Ia menjadi kontrak besar terakhir saya dan peluang terakhir untuk mencuba sesuatu yang berbeza," katanya.

Sky Germany melaporkan bahawa kenyataan Reus tersebut mendapat perhatian Manchester United dan Arsenal, dan kedua-duanya sedang mempertimbangkan untuk melakukan langkah sesuatu buat pemain skuad kebangsaan Jerman itu.

Arsenal akan melepaskan Alexis Sanchez dengan kontrak pemain itu akan tamat pada musim panas ini dan Reus bersesuaian dengan bayaran untuk dijadikan sebagai pengganti.

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho dilaporkan turut memantau prestasi Reus di Dortmund dan bersiap sedia untuk menawarkan pemain itu dengan permulaan yang baharu. - Mail Online

Tags / Kata Kunci: Marco Reus
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan