Fifa Umum Hasil Siasatan Jual-Beli Paul Pogba - Bola Sepak | mStar

Fifa Umum Hasil Siasatan Jual-Beli Paul Pogba

Diterbitkan: Khamis, 26 Oktober 2017 12:57 PM

(Ubah saiz teks)

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) mendedahkan status siasatan jual-beli Paul Pogba melibatkan Juventus dan Manchester United.

Pada Mei lalu, Fifa menjalankan mengumum akan menyiasat proses jual-beli Paul Pogba yang memecah rekod pembelian pemain bernilai £89.3 juta.

Walaupun United diiktiraf bersih daripada melanggari undang-undang pada Jun, namun siasatan masih diteruskan terhadap Juventus kerana melibatkan orang ketiga iaitu Mino Raiola.

"Jawatankuasa Tatatertib Fifa telah membuat keputusan untuk menggugurkan segala dakwaan terhadap Juventus yang didakwa melanggari undang-undang pemindahan pemain (RSTP).

"Fifa tidak menemui bukti berlaku perlanggaran undang-undang yang telah berlaku ekoran pemindahan Paul Pogba dari Juventus ke Manchester United.

"Bagaimanapun, Jawatankuasa Tatatertib menekankan bertapa penting untuk menjaga kebebasan pemindahan pemain," kata badan induk bola sepak dunia itu.

Pogba yang berjaya membantu United sejak musim lalu itu kini sedang bergelut untuk pulih daripada kecederaan.

Tags / Kata Kunci: Juventus , Manchester United , Fifa
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan