Piala Malaysia: Kedah, JDT Terima 30,750 Tiket Final

Diterbitkan: Selasa, 24 Oktober 2017 8:03 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sebanyak 30,750 keping tiket termasuk 750 keping untuk golongan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun, diagihkan sama rata kepada pasukan Kedah dan Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam pada 4 November ini.

Ketua Unit Pertandingan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Mohd Shazli Shaik Mohd berkata, tiket berkenaan akan mula dijual pada 9 pagi di kaunter Stadium Darul Aman, Alor Setar dan Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 1 November ini.

Tiket tersebut dijual dengan kadar RM50 sekeping bagi dewasa dan RM5 sekeping bagi kanak-kanak.

Beliau turut memaklumkan sejumlah 10,500 keping tiket termasuk 500 keping tiket untuk golongan kanak-kanak akan dijual secara dalam talian di laman sesawang www.tickethotline.com.my pada 30 Oktober ini bermula 9 pagi.

"Pada mesyuarat pertama hari ini, kita turut menjemput kelab penyokong Kedah dan JDT membincangkan proses pengagihan tiket dengan telus bagi mengelakkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong kedua-dua pasukan untuk mendapatkan tiket bagi memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing pada 4 November ini," katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Selasa.

Beliau pada masa turut memaklumkan, buat julung kalinya FMLLP yang merupakan pentadbir Liga Malaysia, bekerjasama dengan MPI Generali Insurans Berhad dengan kesemua pembeli tiket serta para undangan yang menyaksikan final Piala Malaysia, mempunyai perlindungan insurans.

Mohd Shazli berkata insurans berkenaan diperkenalkan oleh FMLLP bagi memastikan penyokong yang membeli tiket serta para undangan  dilindungi,  setelah meneliti kadar kemalangan yang sentiasa berlaku sebelum atau selepas penyokong pulang ke rumah masing-masing selepas berakhirnya aksi final Piala Malaysia.

"Sekiranya pembeli tiket terlibat dalam kemalangan 12 jam sebelum sepak mula dan selepas 12 jam berakhirnya perlawanan, mereka boleh membuat tuntutan insurans namun mereka perlu mengemukakan tiket yang sah kepada FMLLP ," jelasnya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata pihak keselamatan akan melakukan pemeriksaan ketat di semua pintu masuk stadium pada hari perlawanan bagi memastikan tiada sebarang objek berbahaya seperti benda tajam dan pemetik api, dibawa masuk ke dalam stadium.

Beliau menjelaskan penyokong Kedah dan JDT dibenarkan membawa sebanyak 10 biji gendang  namun perlu melalui pemeriksaan keselamatan di tingkat bawah Stadium Shah Alam pada hari perlawanan nanti.

"Penyokong Kedah akan memasuki stadium menerusi Kuadron B dan C manakala penyokong JDT di Kuadron A dan D dan pintu stadium akan mula dibuka seawal pukul 4 petang pada hari perlawanan," katanya.

Kedah yang merupakan juara bertahan Piala Malaysia, mara ke final setelah mencatat kemenangan dengan agregat 3-1 ke atas Felda United manakala JDT yang merupakan juara bertahan Liga Super, layak ke final setelah menang dengan agregat 4-1 ke atas Perak pada satu lagi aksi separuh akhir. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: tiket final , Piala Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan