Pemain Tidak Selesa Tindakan Mourinho - Bola Sepak | mStar

Pemain Tidak Selesa Tindakan Mourinho

Diterbitkan: Selasa, 24 Oktober 2017 1:00 PM

(Ubah saiz teks)

BEBERAPA pemain Manchester United dilaporkan tidak senang dengan tindakan Jose Mourinho yang mengkritik mereka selepas tewas kepada Huddersfield pada Sabtu.

United memulakan kempen Liga Perdana Inggeris musim ini dengan baik apabila menang dalam enam perlawanan.

Bagaimanapun rekod tanpa kalah skuad berkenaan berkecai apabila tewas 2-1.

Daily Mirror mendakwa, pemain didakwa tidak selesa dengan kenyataan Mourinho yang ketika sidang media selepas perlawanan yang mengaggap pemain beraksi dalam keadaan terburuk.

Berikutan itu juga, hubungan antara pemain dengan jurulatih dari Portugal itu kini dingin.

Bagaimanapun, keadaan itu dianggap sementara sahaja dan suasana akan kembali baik selepas perlawanan seterusnya.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Jose Mourinho
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan