Lovren Merajuk? - Bola Sepak | mStar

Lovren Merajuk?

Diterbitkan: Isnin, 23 Oktober 2017 3:22 PM

(Ubah saiz teks)

DEJAN Lovren mempamerkan persembahan terburuknya musim ini selepas Liverpool tewas 1-4 di tangan Tottenham Hotspur, malam Ahad.

Benteng pertahanan Jurgen Klopp nampaknya senang dibolosi sejak permulaan kempen Liga Perdana Inggeris.

Setakat ini, Liverpool bolos 16 gol dan Lovren dikatakan gagal memantapkan jentera pertahanan pasukan tersebut.

Pemain kebangsaan Croatia itu tidak menjangkakan keadaan akan menjadi lebih teruk menjelang kunjungan ke Wembley malam Ahad.

Harry Kane dan Son Heung-min meletakkan pasukan tuan rumah di depan dengan 2-0 sebelum Mohamed Salah menjaringkan gol tunggal untuk Liverpool.

Susulan prestasi hambar Lovren, Klopp menggantikan pemain itu dengan Alex Oxlade-Chamberlain selepas beraksi selama 31 minit.

Malu dan terkesan dengan tindakan tersebut, Lovren akhirnya menunjukkan rasa tidak puas hatinya dengan memadamkan nama dan logo Liverpool dalam pengenalan diri (bio) pada akaun Instagramnya.

Legenda Manchester United, Peter Schmeichel menuduh Klopp 'membunuh' Lovren ketika perlawanan di Wembley.

"Amat penting untuk menegaskan bahawa dia tidak pernah berkata apa-apa kepadanya dan dia membunuh pemain itu.

"Dan sebenarnya ia tidak membantu, mereka masih memantapkan benteng pertahanan sama seperti kali pertama.

"Cuma cara mereka bertahan hari ini tidaklah naif dan Klopp perlu bertanggungjawab.

"Apa yang dilakukannya sekarang cuma meletakkan semua tanggungjawab kepada Lovren. Dia kini akan menjadi tajuk utama berita dan ia tidak adil," katanya.

Tags / Kata Kunci: Dejan Lovren , Liverpool
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan