Faiz Subri Cari Pasukan Baharu

Diterbitkan: Isnin, 23 Oktober 2017 12:49 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri dan Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew bersedia mempertimbangkan tawaran beraksi dengan mana-mana pasukan tempatan pada musim depan.

Bagi Mohd Faiz yang merupakan pemenang anugerah Puskas FIFA 2016, fokusnya kini adalah membantu skuad Harimau Kumbang mencatat kemenangan ke atas Selangor pada aksi Liga Super di laman sendiri, 28 Okt ini.

"Saya tidak pasti lagi sama ada akan kekal atau tidak bersama Pulau Pinang kerana kontrak saya akan tamat pada bulan depan namun fokus saya kini adalah membantu pasukan mencatat keputusan positif berdepan Selangor nanti.

"Dalam masa terdekat, saya mungkin ada berjumpa dengan pengurusan berhubung kontrak saya, namun jika ada rezeki yang lebih baik di tempat lain, saya akan pertimbangkan," katanya.

Berkongsi pandangan sama, Muhammad Jafri juga sedia mempertimbangkan tawaran daripada pasukan lain sekiranya ia dapat membantu mengembangkan kariernya.

"Kontrak saya dengan Pulau Pinang habis pada hujung tahun ini dan saya tak tahu lagi hala tuju pada musim depan.

"Jika ada pasukan berminat mendapatkan khidmat saya, saya mungkin akan pertimbangkan namun saya akan mendapatkan pandangan daripada ahli keluarga saya terlebih dahulu terutamanya restu ibu bapa saya," jelas Muhammad Jafri yang merupakan penyerang skuad Bawah 22 (B-22) kebangsaan.

Pulau Pinang sah tersingkir ke saingan Liga Perdana musim depan setelah menduduki tangga tercorot daripada 12 pasukan dalam saingan Liga Super dengan kutipan 12 mata daripada 21 perlawanan.

Tags / Kata Kunci: Faiz Subri , Puskas

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan