JDT Mara Ke Final Piala Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 22 Oktober 2017 9:25 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) menampilkan aksi cemerlang untuk mara ke pentas akhir Piala Malaysia 2017 selepas menang dengan agregat 4-1 ke atas  Perak di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, di sini, malam Sabtu.

Pada perlawanan separuh akhir kedua malam Sabtu, JDT menewaskan Perak 3-0 selepas skuad Harimau Selatan itu terikat 1-1 di tempat lawan pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Perak, Ipoh, Ahad lepas.

Kejayaan itu turut menyaksikan JDT dua kali layak ke pentas final selepas 2014, namun pencapaian terbaik itu dikecewakan Pahang yang menang menerusi penentuan sepakan penalti 5-3.

JDT akan bertemu Kedah pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 di Stadium Shah Alam, 4 November ini. Kedah mara ke pentas final selepas menang dengan agregat 3-1 menewaskan Felda United.

Setakat ini, Piala Malaysia adalah satu-satunya trofi yang belum dikecapi JDT manakala Piala Liga Super, pasukan berkenaan sudah memenanginya sebanyak empat kali, Piala Sumbangsih (dua kali) dan Piala FA (sekali).

Dalam aksi malam Sabtu, JDT menurunkan kesemua tonggak utama termasuk dua pemain importnya, Gabriel Guerra dan Gonzalo Cabrera.

Namun, gandingan mantap pasukan tuan rumah tidak sesekali merencatkan perancangan Perak untuk melakukan serangan sejak awal permainan.

Bagaimanapun, pemain JDT pantas bangkit mengkucar-kacirkan benteng pertahanan lawan, dan pada minit ke-30, skuad Harimau Selatan memiliki peluang terbaik untuk menjaringkan gol menerusi rembatan kencang Ignacio Bohigues, namun berjaya ditepis keluar penjaga gol Perak, Muhammad Hafizul Hakim.

Sepuluh minit kemudian, JDT hampir berada di hadapan namun sepakan Mohd  Fadhli Mohd  Shas yang menerima hantaran daripada ketua pasukan, Safiq Rahim, berjaya diselamatkan benteng pertahanan  pasukan lawan.

Bersambung babak kedua, JDT tidak menunggu lama untuk meledakkan gol pertama  melalui Cabrera pada minit ke-57, sebelum Guerra menambah penderitaan pasukan pelawat pada minit ke-74.

Cabrera melengkapkan kemenangan bergaya JDT apabila menjaringkan gol ketiga pasukan tuan  rumah pada minit ke-80, dan keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan. - Bernama

Tags / Kata Kunci: JDT , Piala Malaysia

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan