Klopp Yakin Kane Lebih ‘Bahaya’ - Bola Sepak | mStar

Klopp Yakin Kane Lebih ‘Bahaya’

Diterbitkan: Sabtu, 21 Oktober 2017 11:02 AM

Kane dan Cristiano Ronaldo berjabat tangan selepas perlawanan Tottenham Hotspur menentang Real Madrid di Stadium Santiago Bernabeu pada Rabu. - Reuters

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp percaya Harry Kane adalah penyerang yang lebih berbahaya berbanding penyerang Manchester United, Romelu Lukaku.

Liverpool menyaksikan permulaan Lukaku yang mengagumkan untuk kerjayanya di Manchester United pada cabaran tanpa jaringan, akhir minggu lalu di Anfield.

Namun, Klopp percaya pasukannya akan menghadapi tugas yang lebih sukar apabila mereka cuba menumpaskan Kane di Wembley pada Ahad depan.

"Saya tak boleh menghakimi mereka. Kedua-duanya adalah penyerang yang bagus.

"Perbezaannya adalah Harry lebih menguasai permainan walaupun dia tidak menjaringkan gol. Saya yakin Lukaku pun boleh buat macam itu juga," ujarnya.

Tambahnya lagi, pasukan tersebut merupakan pasukan yang bagus dan tumpuan tidak wajar diberikan kepada seorang pemain sahaja. - Metro UK

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan