Liga Juara-Juara: Seri Buat Conte Hilang ‘Mood’

Diterbitkan: Khamis, 19 Oktober 2017 8:22 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Chelsea tidak ada 'mood' selepas keputusan seri bertemu AS Roma dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi Khamis.

Keputusan seri 3-3 itu tidak menarik minat Antonio Conte untuk bergembira kerana tidak berpuas hati dengan dua jaringan gol pihak lawan yang membawa kepada keputusan seri.

"Saya lebih suka berterus-terang dan yakin tidak suka dengan cara kami bermain dalam banyak bahagian.

"Perlu bertanggungjawab untuk itu. Saya cuba untuk melindungi skuad saya untuk menjadi lebih mantap dan memindahkan pertahanan utama ke bahagian tengah, Luiz.

Hazard (tengah) menjaringkan gol penyamaan bertemu AS Roma.

"Namun akhirnya saya rasa kami hilang pengetahuan, gaya bermain. Saya tidak suka," ujarnya.

Jelasnya, pada awal babak pertama pasukannya mendahului 2-0 sebelum minit ke-40.

"Kami tidak mengawal permainan. Walaupun seri ia keputusan yang baik dan saya memuji semua pemain di atas kerja keras dan komitmen mereka. Kalau tidak, kami tewas."

Pada perlawanan di Stamford Bridge itu, The Blues membuka jaringan awal menerusi David Luiz minit ke-11 serta dua gol dari Eden Hazard (37',75').

Manakala gol pelawat dijaringkan oleh Kolarov (40') serta Edin Dzeko minit ke- 64 dan 70'.

Tags / Kata Kunci: Chelsea , Antonio Conte

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan