Deepavali Lebih Istimewa Tahun Depan - Thana

Diterbitkan: Rabu, 18 Oktober 2017 9:00 AM

Thanabalan (kiri, berdiri) bersama keluarganya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: N. Thanabalan secara terbuka mendedahkan sambutan perayaan Deepavali mungkin berbeza tahun hadapan.

Penyerang popular negara dan skuad Felcra FC ini mengakui untuk tahun ini, sambutan Deepavali tetap sederhana, seperti tahun-tahun sebelum ini.

"Semua persiapan raya dah dibuat. Pakaian baharu untuk emak, ayah dan adik-adik juga telah beli. Semua satu pasang seorang.

"Saya juga beli sepasang baju baharu.

"Mengenai makanan istimewa yang emak saya selalu buat sudah tentu maruku," ujarnya yang akan merayakan Deepavali pada Rabu.

Menurut Thanabalan, 22, walaupun namanya menjadi sebutan tahun ini, ia tidak mengubah apa-apa tentang dirinya.


"Saya masih Thanabalan yang dulu. Menyambut hari raya seperti orang lain. Sebelah pagi pergi menziarahi rumah saudara-mara, tunggu kawan-kawan datang rumah dan berada dekat dengan keluarga.

"Mungkin tahun depan suasana akan berbeza. Mungkin sudah berkahwin," ujarnya bergurau kepada mStar Online.

Beliau juga mengakui sedang merancang untuk menamatkan zaman bujang tidak lama lagi dengan teman wanitanya yang  juga tinggal di Seremban.

"Buat masa sekarang mahu fokus kepada kerjaya bola sepak terlebih dahulu. Kumpul duit dan tengok apa yang terbaik," katanya.

Dalam pada itu Thanabalan mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada seluruh penganut agama Hindu, khasnya kepada peminat sukan tanah air yang banyak menyokongnya selama ini.

Tags / Kata Kunci: N. Thanabalan

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan