LBR : Peluang Padang Besar Unimap Kembali Terbuka

Diterbitkan: Rabu, 18 Oktober 2017 7:48 PM

Padang Besar Unimap sedia beri saingan perebutan pendahulu Kumpulan D Zon Utara pada pusingan kedua bermula hujung Oktober ini. - Sinar Harian

(Ubah saiz teks)

KEMENANGAN 2-0 Padang Besar Unimap ke atas Padang Terap pada perlawanan ketiga Kumpulan D Zon Utara Liga Bolasepak Rakyat (LBR) di Padang SMK Kuala Nerang menyaksikan persaingan untuk merebut tangga teratas kumpulan kembali terbuka.

Pengurus Padang Besar Unimap, Mohd Hafeez Nordin berkata, pasukannya yang menampilkan lebih 60 peratus muka baharu pada musim ini kembali memberi saingan untuk merebut slot selepas mencatatkan kemenangan pertama dari tiga perlawanan sebelum ini.

Menurutnya, finalis LBR musim pertama ini mula mendapat rentak selepas meraih keputusan satu seri dan satu tewas.

"Pada musim ini pasukan Padang Besar Unimap dibarisi 60 peratus penuntut Unimap, 20 peratus kakitangan Unimap dan selebihnya dari bakat-bakat yang dipilih dari seluruh Parlimen Padang Besar.

Selepas tiga perlawanan barulah kami mendapat rentak dan saya berharap momentum ini mampu diteruskan apabila pusingan kedua membuka tirai pada penghujung Oktober ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Mohd Hafeez berkata, beliau optimis pasukannya mampu memberi saingan kepada Padang Terap, Kuala Muda dan Padang Serai walaupun dibarisi ramai pemain baharu.

Jelasnya, walaupun permulaan pasukannya perlahan pada pusingan pertama namun ia menjadi pengajaran buat pengurusan dan jurulatih untuk membaiki kelemahan sebelum pusingan kedua bermula.

Padang Besar Unimap akan menerima kunjungan Kuala Muda di Stadium Mini Unimap pada hujung Oktober ini bagi perlawanan keempat peringkat kumpulan.

Tags / Kata Kunci: Liga Bolasepak Rakyat

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan