Kafa Teliti Baki Kontrak Pemain Muda

Diterbitkan: Rabu, 18 Oktober 2017 6:22 PM

Bibi Ramjani berkata Kafa tidak akan menyekat kebebasan pemain untuk berhijrah sekiranya mendapat tawaran lebih baik. - Bernama

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan menyemak baki  tempoh kontrak pemain muda Kelantan yang kini diintai beberapa kelab yang berhasrat mendapatkan khidmat mereka untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Presiden Kafa, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata perkara itu penting untuk diteliti  terlebih dahulu sebelum  sebarang proses perbincangan dan keputusan diambil.

"Kami telah melakukan perjumpaan secara bersemuka dengan beberapa pemain terbabit untuk mendengar hala tuju serta masalah yang dihadapi mereka,” katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Media sebelum ini melaporkan beberapa bintang muda Kelantan yang beraksi cemerlang dalam skuad The President Warrior (TPW) dan The Red Warriors (TRW) musim ini menarik perhatian beberapa persatuan yang akan bersaing dalam Liga Super 2018.

Antara pemain yang cuba dipancing ialah Mohammad Qayyum Marjoni Sabil, Ahmad Syihan Azmi Mohamed, Mohd Faris Shah Rosli, Nik Azli Nik Alias dan Mohd Daniel Asyraf Abdullah.

Mengulas lanjut, Bibi Ramjani berkata Kafa tidak akan menyekat kebebasan pemain mereka untuk berhijrah jika mereka mendapat tawaran lumayan daripada persatuan lain.

“Namun buat masa ini, saya berharap pemain yang menerima tawaran beraksi dengan persatuan lain dapat memberi fokus terhadap perlawanan terakhir Liga Super menentang Melaka United pada 28 Okt depan di Stadium Hang Jebat, Melaka.

“Walaupun mereka mendapat tawaran, namun perjuangan serta tanggungjawab mereka dengan Kelantan masih belum berakhir,” katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Kafa , Bibi Ramjani

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan