Chamberlain Perlu Masa - Klopp

Diterbitkan: Selasa, 17 Oktober 2017 5:01 PM

(Ubah saiz teks)

JURGEN Klopp mengakui Alex Oxlade-Chamberlain masih belum ada peluang untuk menonjol di bahagian tengah untuk Liverpool dalam beberapa perlawanan akan datang.

Susulan ketibaan pemain berusia 24 tahun itu dari Arsenal pada Ogos lalu, Klopp mendakwa Chamberlain berupaya memperkukuh posisi tengah Liverpool.

Namun, Klopp tampil mempertahankan Chamberlain dengan menegaskan dia memerlukan masa sebelum menyesuaikan diri di posisi tersebut.

"Jelas sekali ia berbeza dengan Arsenal dan peranan yang berbeza untuk posisi pertahanan ketika aksi terakhirnya bersama Arsenal.

"Kemudian dia bermain untuk England dan kembali dari tugas antarabangsa tapi dengan rancangan berbeza. Itu tidak mudah.

"Saya boleh katakan tiada konsistensi sehingga sekarang. Kami biar dia berlari, lakukan apa sahaja secara semulajadi dan ia akan mengambil masa tapi segalanya dalam keadaan baik.

"Pada ketika ini, posisi terbaiknya adalah di bahagian sayap. Tanpa latihan, beraksi di posisi tengah tidak masuk akal," kata Klopp.

Klopp berkata meletakkan Chamberlain di posisi yang lebih mencabar merupakan langkah terbaik untuk perancangan jangka panjang Liverpool.C

Chamberlain berhijrah ke Anfield dengan bidaan sekitar 40 juta pound sterling.

Tags / Kata Kunci: Alex Oxlade-Chamberlain , Liverpool

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan