SWF: Kontinjen Ibu Pejabat Felda Pertahan Kejuaraan - Bola Sepak | mStar

SWF: Kontinjen Ibu Pejabat Felda Pertahan Kejuaraan

Diterbitkan: Isnin, 16 Oktober 2017 10:31 AM

(Ubah saiz teks)

KONTINJEN Ibu Pejabat Felda menutup tirai Sukan Warga Felda (SWF) 2017 dengan pencapaian cemerlang setelah dinobatkan juara keseluruhan di Melaka pada Ahad.

Mereka mengatasi cabaran 12 kontinjen lain pada kejohanan yang telah berlangsung di Kampus Utama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka selama empat hari bermula Khamis lalu dengan pembabitan seramai 1,469 komuniti Felda.

Kejayaan tersebut berjaya dikecapi selepas mencatat pungutan mata sebanyak 48 mata secara keseluruhan manakala Kuantan muncul naib juara dengan 46 mata diikuti Terengganu di kedudukan ketiga dengan 40 mata.

Ketua kontinjen Ibu Pejabat Felda, Hafiz Maaulot menyifatkan kejayaan mengungguli SWF kali ini merupakan hasil kerja keras para atlet serta pegawai pasukan membuat persiapan rapi bagi menghadapi kejohanan tersebut.

“Syukur Alhamdulillah di atas kejayaan mempertahankan takhta SWF kali ini. Bagi saya, ia adalah berkat usaha semua yang membolehkan pasukan kita untuk muncul juara," katanya.

Sementara itu, kontinjen Terengganu mempertahankan ibu segala pingat, acara bola sepak apabila menewaskan Trolak 3-2 menerusi penentuan penalti dalam aksi final, setelah terikat 1-1.

Tags / Kata Kunci: Felda , SWF

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan