Pemain Perak Layak Dipuji

Diterbitkan: Isnin, 16 Oktober 2017 10:05 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Komitmen dan semangat juang pemain Perak wajar diberi pujian walaupun hanya mencatat keputusan seri 1-1 menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017, di laman sendiri, malam tadi.

Pengendali pasukan itu Mehmet Durakovic berkata meskipun kehilangan beberapa tonggak utama, namun pemain simpanan yang diturunkan berjaya mengimbangi aksi yang dipamerkan pemain JDT.

"Saya berpuas hati dengan permainan yang ditunjukkan, walaupun sedar JDT merupakan antara pasukan pilihan dengan dibarisi pemain terbaik Malaysia,” katanya ketika ditemui pemberita sejurus tamat perlawanan.

Dalam perlawanan yang disaksikan 28,000 penyokong di Stadium Perak, gol pasukan Perak diperoleh  menerusi jaringan sendiri pemain lawan, Mohamad Hasbullah Abu Bakar manakala JDT berjaya menyamakan kedudukan melalui gol jaringan pemain import, Mohamad Ghaddar.

Beliau turut mempertahankan kesilapan mudah kapten pasukan Perak Muhammad Shahrom Abd Kalam sehingga menyebabkan JDT berjaya menyamakan kedudukan.

"Sesiapa pun lakukan kesilapan dan kita tak mahu menyalahkan mana-mana pemain termasuk Shahrom. Bagi saya, apa yang penting kita berikan tumpuan terhadap aksi separuh akhir kedua di Larkin," kata Mehmet.

Sementara itu, jurulatih JDT Ulisses Morais berpuas hati dengan keputusan seri yang dicatatkan pasukannya walaupun menguasai sebahagian besar aksi perlawanan.

Katanya JDT mungkin berjaya mencatat kemenangan jika beberapa peluang gol dapat disudahkan ke dalam gawang Perak.

"Perak turut beraksi dengan baik, berhadapan puluhan ribu penyokong sendiri juga memberi kelebihan kepada mereka," katanya.

Katanya ketiadaan dua tonggak utama pasukan iaitu Aidil Zafuan Abd Razak serta Marcos Antonio sedikit sebanyak memberi kesan kepada persembahan Harimau Selatan, tetapi berjanji akan mempamer aksi terbaik  dalam perlawanan timbal balik di Larkin, minggu depan.

Tags / Kata Kunci: Perak , Piala Malaysia , JDT

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan