Batshuayi Dikritik Bekas Pemain United - Bola Sepak | mStar

Batshuayi Dikritik Bekas Pemain United

Diterbitkan: Isnin, 16 Oktober 2017 5:12 PM

Michy Batshuayi. -fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

SEORANG bekas pemain Manchester United percaya Chelsea akan lebih kuat jika mereka menandatangani Fernando Llorente musim panas ini dan menyelar Michy Batshuayi sebagai 'tidak bersedia' untuk menggantikan Alvaro Morata.

Garth Crooks yang juga bekas pemain Tottenham Hotspur tidak kagum dengan penyerang Belgium itu ketika Chelsea kalah 2-1 Chelsea terhadap Crystal Palace.

Dia mendakwa bekas pemain pertahanan Liverpool yang kini bersama Palace, Mamadou Sakho telah membuatkan Batshuayi kelihatan 'biasa'.

Dalam ketiadaan Alvaro Morata, Chelsea kelihatan tidak berbisa dan Batshuayi terpaksa bergelut untuk memberikan corak permainan yang berkesan.

Dengan tiadanya Diego Costa, pemain berusia 24 tahun itu merupakan satu-satunya pilihan untuk menggantikan Morata, walaupun ia bukanlah rancangan sebenar Antonio Conte.

Pengurus Itali itu sebenarnya mahukan Llorente, tetapi Tottenham Hotspur telah menandatangani bekas penyerang Juventus tersebut.

Crooks yakin Chelsea akan berada dalam keadaan yang lebih baik jika mereka cuba memujuk Spurs untuk mendapat tandatangan Llorente.

"Dalam keadaan Chelsea yang terdesak, Mamadou Sakho sememangnya nampak hebat dan membuatkan penyerang Michy Batshuayi kelihatan biasa," katanya kepada BBC.

"Jangan salah sangka, Sakho dapat dikatakan sebagai pertahanan paling kompetitif di liga.

"Bagaimanapun, saya tak faham bila pengurus Chelsea Antonio Conte hanya mempunyai seorang pemain untuk menggantikan Alvaro Morata yang cedera.

"Batshuayi nyata tidak bersedia untuk memimpin barisan pasukan seperti Chelsea, sementara Spurs memiliki seorang pemain yang sebelum ini duduk di bangku cadangan - Fernando Llorente yang mungkin boleh dipertimbangkan mereka. Ia satu 'kegilaan'."

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan