Icardi Tiru Gaya Messi - Bola Sepak | mStar

Icardi Tiru Gaya Messi

Diterbitkan: Isnin, 16 Oktober 2017 8:15 AM

(Ubah saiz teks)

MAURO Icardi mencuri tumpuan pada aksi malam Ahad apabila mencipta hatrik ketika Inter Milan menundukkan seteru utamanya, AC Milan, 3-2 pada aksi Serie A.

Anak buah Luciano Spalletti itu turun di gelanggang sendiri dengan rekod tanpa kalah dan terdesak untuk memunggut tiga mata penuh dalam usaha merapatkan jurang mata dengan pendahulu liga, Napoli.

Icardi membuka jaringan pada minit ke-28 sebelum Suso menyamakan kedudukan sebelum minit ke-60.

Namun Icardi kembali meletakkan Inter di depan tujuh minit kemudian tetapi Giacomo Bonaventura menyamakan kedudukan 2-2 ketika perlawanan berbaki 10 minit.

Penyerang berusia 24 tahun itu mengambil peluang untuk melengkapkan hatrik apabila menyempurnakan sepakan pada minit ke-90.

Sejurus menjaringkan gol ketiga Inter itu, Icardi meraikan kemenangan pasukan dengan meniru gaya Lionel Messi ketika Barcelona mengatasi Real Madrid.

Dia menanggalkan jersinya sama seperti dilakukan Messi di hadapan ribuan penyokong Inter di San Siro.

Tags / Kata Kunci: Mauro Icardi , Inter Milan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan