Insiden Mercun: FMLLP Akan Teliti Laporan

Diterbitkan: Isnin, 16 Oktober 2017 12:08 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) akan meneliti laporan insiden kekecohan di perkarangan Stadium Perak selepas berakhirnya perlawanan separuh akhir Piala Malaysia antara Perak menentang Johor Darul Ta'zim (JDT), malam Ahad.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kevin Ramalingam berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung insiden tersebut dan akan mendapat gambaran lebih jelas sebelum tindakan sewajarnya diambil.

"Kita sudah dapat maklum awal dan laporan mengenai insiden itu. Selepas membuat penilaian dan maklum balas daripada kedua-dua pihak baharulah kita akan ambil tindakan susulan," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Kevin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai tindakan susulan yang akan dikenakan terhadap pasukan Perak di atas tindakan provokasi yang dicetuskan penyokong The Bos Gaurus itu.

"Saya rasa lebih elok kita teliti laporan dari semua pihak sebelum keluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

"Harus diingat masih ada perlawanan separuh akhir kedua yang perlu diharungi kedua-dua pasukan," katanya.

Jelas Kevin, laporan tersebut turut akan diserahkan kepada lembaga disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk tindakan susulan.

Sementara itu, beliau turut memuji tindakan pantas pihak berkuasa bagi memastikan insiden lebih buruk daripada berlaku malam Ahad.

"Kami juga akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan aksi separuh akhir dan final berjalan dengan lancar," katanya.

Suasana di luar Stadium Perak bertukar kecoh apabila berlaku provokasi antara penyokong selepas tamat perlawanan antara Perak dan JDT pada kira-kira pukul 11 malam Ahad.

Dalam insiden itu, dua lelaki termasuk seorang anggota polis cedera akibat terkena letupan mercun.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong turut mengesahkan pihaknya telah menahan seorang lelaki yang dipercayai meletupkan mercun.

"Kita juga ada melakukan beberapa tangkapan lain namun, siasatan lanjut masih dijalankan. Butir-butir lengkap akan diperoleh daripada pegawai-pegawai bertugas.

"Bagaimanapun, kekecohan itu berjaya dikawal kira-kira pukul 12 tengah malam ," katanya.

Tags / Kata Kunci: FMLLP , Piala Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan