Penjaga Gol Kelab Persela Lamongan Meninggal Dunia - Bola Sepak | mStar

Penjaga Gol Kelab Persela Lamongan Meninggal Dunia

Diterbitkan: Ahad, 15 Oktober 2017 9:52 PM

(Foto: Sidomi)

(Ubah saiz teks)

PENJAGA gol kelab bola sepak Indonesia, Choirul Huda meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika aksi bertemu Semen Padang.

Menurut laporan portal BolaLob,  Choirul yang beraksi sebagai penjaga gol kelab Persela Lamongan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri akibat bertembung dengan rakan sepasukannya Ramon Rodrigues dan pemain lawan, Marcel Sacramento.

Pasukan perubatan bergegas ke padang cuba memberi bantuan sebelum membawanya ke Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) dr Soegiri di Lamongan.

Choirul merupakan pemain senior lebih 15 tahun bermain untuk kelab tersebut.

Tags / Kata Kunci: Persela Lamongan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan