Zaha Buat Kejutan Tewaskan Chelsea - Bola Sepak | mStar

Zaha Buat Kejutan Tewaskan Chelsea

Diterbitkan: Ahad, 15 Oktober 2017 7:17 AM

Pemain Chelsea, David Luiz (kiri) cuba merampas bola daripada Wilfried Zaha. Foto AP

(Ubah saiz teks)

SELEPAS tujuh kali kekalahan berturut-turut, penyokong Crystal Palace kembali menunjukkan taring.

Kelab di bawah pimpinan Roy Hodgson itu bukan sekadar menyaksikan gol pertama mereka pada musim ini. 

Sebaliknya, ia meraih dua gol bagi menewaskan Chelsea dengan 2-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Ahad.

Crystal Palace memperoleh satu mata menerusi aksi pemain Chelsea, Cesar Azpilicueta ke gawang sendiri pada minit ke-11.

Satu lagi gol diraih menerusi aksi mengejut daripada Wilfried Zaha pada minit ke-45.

Gol tunggal Chelsea diraih pemain Tiemoue Bakayoko pada minit ke-18. - Mail Online

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan