Piala Malaysia: 28 Ribu Tiket Separuh Akhir Pertama Habis - Bola Sepak | mStar

Piala Malaysia: 28 Ribu Tiket Separuh Akhir Pertama Habis

Diterbitkan: Sabtu, 14 Oktober 2017 5:34 PM

Skuad Perak menjalani latihan menjelang perlawanan separuh akhir Piala Malaysia pada Ahad. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

IPOH: Sebanyak 28,000 tiket perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017 antara Perak dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Perak habis dijual sejak tengah hari Sabtu.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Ahmad Shahrul Azhar Sofian berkata pihaknya terkejut dengan sambutan luar dugaan yang diterima daripada penyokong kerana tiket hanya mula dijual Khamis lalu.

Katanya Pafa tidak merancang untuk mengeluarkan tiket tambahan kerana ia akan menyulitkan keadaan terutama membabitkan faktor keselamatan.

"Kita amat berterima kasih kepada para penyokong khasnya dengan sambutan diluar dugaan yang diterima terutama membabitkan penjualan tiket separuh akhir ini.

“Pafa tidak akan mengeluarkan tiket tambahan kerana kita tak mahu berlaku kekecohan, pergaduhan atau sebarang kemalangan yang tak diingini kerana kapasiti stadium hanya mampu memuatkan sekitar 28,000 penonton sahaja," katanya kepada Bernama, Sabtu.

Mengulas aduan berkaitan berlaku penjualan tiket palsu oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab, Ahmad Shahrul yang juga pengurus pasukan Perak mengakui perkara itu selain menasihatkan para penyokong ‘The Bos Gaurus' supaya berhati-hati.

Katanya mana-mana penyokong yang mempunyai maklumat tentang perkara itu boleh melaporkannya kepada pihak berkuasa supaya tindakan dapat diambil.

Beliau menasihati penyokong supaya datang lebih awal bagi melancarkan pergerakan traffik di sekitar kawasan stadium termasuk kesukaran mendapatkan tempat letak kereta. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Pafa , Piala Malaysia
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan