Lesen Kelab: Kafa Harap Keputusan Positif

Diterbitkan: Sabtu, 14 Oktober 2017 3:59 PM

Bibi Ramjani Ilias Khan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) memenuhi janjinya untuk menyelesaikan isu berkaitan lesen kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang perlu dilengkapkan sebelum 19 Oktober ini.

Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, Kafa telah pun mengemaskini dan menyerahkan semua dokumen tambahan yang diperlukan kepada Badan Rayuan Perlesenan FAM pada Sabtu.

"Alhamdulillah, segala dokumen pematuhan tambahan yang lengkap itu sudah dihantar kepada badan berkaitan untuk dipertimbangkan.

"Kita telah berusaha sedaya upaya untuk memenuhi segala syarat yang dikehendaki mengikut tarikh yang telah ditetapkan," katanya kepada mStar Online.

Pengasas Desa Murni Batik Kota Bharu itu turut berharap agar permohonan untuk memperoleh dua lesen penting tersebut mendapat maklum balas positif.

"Saya harap agar segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dikehendaki FAM. Besar harapan saya semoga Kafa turut mendapat lesen AFC agar kita dapat memperkasakan pasukan pada musim depan," katanya.

Kelantan FA antara lima pasukan Liga Super 2017 termasuk Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Persatuan Bola Sepak Melaka United (Musa), Felda United FC dan Sarawak FA yang telah ditolak permohonan mereka kerana gagal menepati kriteria yang telah ditetapkan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin ketika dihubungi mstar Online pada Selasa lalu mendedahkan nasib lima pasukan itu hanya akan diketahui dalam tempoh lebih kurang tiga minggu lagi.

"Selepas terima semua permohonan rayuan, kami akan bermesyuarat.

"Hujung bulan ini atau paling lambat awal bulan depan (November) keputusan akan diketahui," ujarnya ringkas.

Keputusan terima atau tolak rayuan akan dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Badan Rayuan (selepas Mesyuarat First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM yang dipengerusikan Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif).

Tujuh lagi pasukan yang telah mendapat kelulusan lesen tanpa sebarang masalah adalah Johor Darul Ta'zim (JDT), Pahang FA, Perak FA, PKNS FC, Penang FA, Selangor FA dan T-Team FC.

Bermula 2018, kesemua pasukan Liga Super perlu mendapatkan lesen kelab FAM untuk membolehkan mereka terus beraksi.

Setiap pasukan yang memohon lesen kelab perlu melepasi penilaian yang dibuat ke atas enam kriteria utama iaitu kesukanan, infrastruktur, pentadbiran personel, perundangan, kewangan dan perniagaan, seperti yang termaktub dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2017.

Tags / Kata Kunci: lesen kelab , FAM , Kafa

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan