Zahasmi Pilih Berkorban Demi TRW

Diterbitkan: Jumaat, 13 Oktober 2017 12:14 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengendali The Red Warriors (TRW), Zahasmi Ismail menegaskan keputusan untuk berehat seketika daripada mengemudi skuad kijang itu dilakukan semata-mata demi kebaikan pasukan tersebut.

Malah, beliau berkata keputusan itu dibuat tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

"Tak ada (desakan) mana-mana pihak. Ini keputusan saya sendiri. Saya nak tenangkan minda daripada kekusutan yang berlaku sekarang ini.

"Tekanan biasalah... di mana ada-ada tekanan. Hanya saya yang dapat rasa, hanya saya yang tahu," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Pada Khamis, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Bibi Ramjani Ilias Khan berkata Zahasmi akan bercuti selama seminggu daripada melatih skuad TRW bermula Ahad ini.

Bagaimanapun, pengendali berusia 50 tahun itu tidak menolak kemungkinan beliau akan berehat sehingga akhir musim ini.

"Tak tahulah, saya belum buat keputusan lagi. Saya masih ada kontrak sehingga bulan November. Mungkin cuti seminggu, mungkin seterusnya atau cuti terus. Hanya keadaan yang akan menentukannya," kata Zahasmi.

Jelas Zahasmi, dengan keputusan yang dianggap sebagai jalan terbaik itu diharap dapat dimanfaatkan pihak pengurusan Kafa untuk menyelesaikan beberapa masalah yang melanda pasukan tersebut.

"Mungkin InsyAllah dengan cara saya buat macam ini ada manfaatnya supaya beberapa masalah dapat diselesaikan.

"Bagi saya, saya letak diri sebagai pejuang pasukan Kelantan walaupun tiada kejayaan mendapatkan piala tetapi keutamaan bekerjasama dalam satu pasukan amat penting," katanya.

Jelas beliau, jika Kelantan mahu menjadi sebuah pasukan yang digeruni dan mencapai kejayaan semangat bekerjasama perlu dititik-beratkan.

"Bola sepak melibatkan sebuah pasukan yang besar. Kejayaan hanya akan datang apabila semua pihak termasuk jurulatih, pembantu jurulatih, pemain dan pihak pengurusan Kafa bersatu hati.

"Kejayaan bukan datang dari jurulatih semata-mata. Ianya bermula dari pihak pengurusan hingga ke bawah. Tak boleh ada perasan iri hati... hasad dengki barulah pasukan boleh berjaya," katanya.

Ditanya adakah beliau sudah tawar hati terhadap TRW, Zahasmi berkata perasaan sayang terhadap pasukan itu tidak pernah berubah.

"Kelantan ini negeri saya... tempat saya cari makan. Saya duduk di Kelantan dari saya main bola dengan pasukan negeri sejak umur 18. Separuh usia saya sampai sekarang dah 50 tahun banyak duduk di atas padang.

"Kalau nak suruh saya buat kerja kontrak pun saya tak reti. Saya main bola dari umur 18 tahun sampai sekarang, inilah punca rezeki saya. Pasukan ini yang menaikkan nama saya dan pasukan ini jugalah yang memberi rezeki kepada saya. Siapa tak sayang?," katanya.

Sementara itu, diminta mengulas sama ada benar dakwaan wujud konspirasi dalam kalangan pemain dan beberapa individu bergelar 'Datuk' untuk melihat Kelantan jatuh ke Liga Perdana musim depan, Zahasmi enggan memberikan sebarang komen.

"Isu itu sensitif... tak boleh nak jawab. Saya tak tahu... mungkin ada mungkin tak ada," katanya.

Tags / Kata Kunci: TRW , Zahasmi Ismail , Kafa

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan