Wenger Tertipu!

Diterbitkan: Jumaat, 13 Oktober 2017 8:08 AM

(Ubah saiz teks)

ARSENE Wenger mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada bekas pemainnya, George Weah yang didakwa memenangi pilihan raya presiden Liberia pada sidang media yang diadakan pada Khamis.

Namun, Wenger dikecam teruk susulan ucapan tahniah itu kerana keputusan sebenar pilihan raya itu belum diumumkan.

Nampaknya pengendali Arsenal itu tertipu dengan laporan palsu yang tersebar di media sosial yang mendakwa bekas penyerang Monaco dan AC Milan tersebut memenangi pemilihan berkenaan.

Bagaimanapun, Weah diangkat sebagai calon pilihan untuk memenangi pemilihan tersebut.


Wenger pernah bekerjasama dengan bekas Pemain Terbaik Dunia FIFA itu pada 1990 sebelum berhijrah ke England.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada bekas pemain saya yang dilantik sebagai presiden Liberia.

"Amat jarang sekali anda mempunyai bekas pemain yang menjadi presiden sesebuah negara.

"Tahniah Weah. Teruskan keinginan untuk belajar dan menang," katanya.

Komen Wenger itu bagaimanapun mendapat perhatian wartawan BBC, Stanley Kwenda.

"Saya tahu keputusan rasmi belum lagi keluar tetapi saya fikir Wenger lebih bijak berbanding saya. Wajah gembira jelas kelihatan ketika dia mengucapkan ucapan tahniah itu," sindir Kwenda.

Tags / Kata Kunci: Arsene Wenger

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan