TMJ Mahu Jumpa ‘Budak Topi Merah’ - Bola Sepak | mStar

TMJ Mahu Jumpa ‘Budak Topi Merah’

Diterbitkan: Jumaat, 13 Oktober 2017 9:58 AM

(Ubah saiz teks)

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempelawa individu bertopi merah yang ada kaitan dengan Ultras Malaya bersemuka dengan beliau.

Tunku Ismail berkata, pertemuan itu sebagai medium terbaik buat individu terbabit serta kumpulan itu mengemukakan sebarang ketidakpuasan hati terhadap prestasi skuad kebangsaan serta pentadbiran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Budak pakai topi merah tu, aku nak jumpa dia. Ni mesti tak dapat duit tambang pergi Hong Kong. Itu yang dia bangsatkan FAM. Cuba kalau dia dapat duit tambang, dia bangsatkan ke tidak?

“Kalau handal sangat, kita patut berjumpa. Kita boleh berjumpalah, kita boleh bercakap (berbincang). Kita manusia, bukan binatang nak makan antara satu sama lain.

“Jadi saya punya nasihat kepada mereka (Ultras Malaya), teruskan nyanyi lagu tu. Tiada masalah. Apabila anjing menyalak bukit, bukit tak akan runtuh,” katanya ketika menjawab soalan ahli panel dalam sesi soal jawab di JDT Cafe, malam Rabu.

Kenyataan Tunku Ismail sebagai respons terhadap chant Ultras Malaya menyindir FAM di Stadium Hong Kong sewaktu perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 menyaksikan pertembungan skuad kebangsaan dengan Hong Kong.

Lebih malang, kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim turut dilayangkan kad merah kerana mengasari pemin tuan rumah di babak pertama.

Mengulas lanjut insiden kad merah itu, Tunku Ismail enggan menyalahkan pemain terbabit sebaliknya berkata kesalahan terletak di bahu semua pemain.

“Dan jika esok Vingada dipecat, anda tetap mempunyai masalah  sama," katanya. - Sinar Online

Tags / Kata Kunci: TMJ , budak topi merah
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan