Piala Malaysia: Tiada Istilah Pasukan Pilihan

Diterbitkan: Jumaat, 13 Oktober 2017 9:25 PM

Para pemain pasukan Perak ketika sesi memanaskan badan sebelum latihan mereka di Stadium Perak pada Jumaat. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

IPOH: Tiada pasukan yang boleh dilabel sebagai pilihan dalam pertembungan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017 antara Perak dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Perak, Ahad ini.

Ketua Pasukan Bola Sepak Perak Muhd Shahrom Abdul Kalam berkata baginya, pasukan yang mampu menjaringkan gol awal berkemungkinan akan berjaya melakar kemenangan.

"Peluang 50-50 sebab kalau tengok rekod pertemuan Liga Super sebelum ini, kita menang 2-1 di Ipoh tapi tewas dengan jaringan sama di Larkin, Johor.

"Bagi saya, gol awal serta tidak bolos itu penting dan kelebihan selaku tuan rumah juga perlu digunakan sebaiknya oleh Perak untuk melakar kemenangan," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di Stadium Perak di sini, petang Jumaat.

Mengulas persiapan pasukan The Bos Gaurus, Muhd Shahrom berkata meskipun kehilangan beberapa tonggak utama seperti pemain import, Yashir Armando Pinto dan Mohd Hafiz Kamal namun pemain sedia ada mampu menggalas tugas yang diamanahkan.

"Kita telah sampai ke tahap ini (separuh akhir) dan semua pemain pun tahu tanggungjawab masing-masing yang perlu dipikul," katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga merupakan tonggak kebangsaan turut berharap para penyokong turun beramai-ramai ke stadium bagi memberi sokongan kepada para pemain.

"Kita juga harap boleh bagi satu suasana yang menggembirakanlah khususnya kepada penyokong dan rakyat Perak khususnya," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: The Bos Gaurus

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan