Kad Merah: TMJ Tak Salahkan Safiq Rahim

Diterbitkan: Khamis, 12 Oktober 2017 8:41 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak menyalahkan Safiq Rahim susulan insiden kad merah dalam perlawanan menentang Hong Kong, malam Selasa.

Sebaliknya, Tunku Mahkota Johor menegaskan kesemua pasukan perlu bertanggungjawab sekali gus tidak hanya meletakkan kesalahan ke atas seorang pemain sahaja.

“Tak berapa tinggi sangat.. harapan. Bermain dengan 10 pemain, apa kita boleh buat.

“Saya tak salahkan dia. Bukan dia seorang perlu disalahkan, (sebaliknya) semua,” katanya ketika menjawab soalan ahli panel dalam satu sesi soal jawab di JDT Cafe di sini malam Rabu.

Tunku Ismail turut mengulas gesaan pihak tertentu yang mahu Pengurus merangkap Ketua Jurulatih pasukan kebangsaan, Nelo Vingada dipecat.

“Jika esok Vingada dipecat, anda akan tetap mempunyai masalah yang sama.“Realiti, masa tubuhkan kelab (JDT), kami perlukan dua ke tiga tahun untuk terapkan winning mentality.

“Jadi apa anda jangka untuk (Vingada) buat dalam masa dua tiga bulan?. Beri masa untuk Vingada,” katanya.

Selaku Presiden FAM, beliau mengambil tanggungjawab penuh terhadap prestasi semasa pasukan kebangsaan.Malah Tunku Ismail meletakkan komitmen untuk bertindak memperbaiki segala kelemahan yang wujud dalam bola sepak negara.

Sesi soal jawab bersama Tunku Mahkota Johor itu disertai oleh ahli panel jemputan antaranya Abu Bakar Atan, Tabah Syazwan dari Media Prima Berhad yang merupakan pengulas sukan bola sepak, Vijhay Vick dari FourFourTwo dan Ooi Kin Fai dari Goal.com yang akan mewakili penyokong bola sepak tempatan.

Terdahulu, Malaysia tewas kepada Hong Kong 0-2 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Hong Kong, Selasa. - Sinar Online

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan