Scholes Jadi Pengurus? - Bola Sepak | mStar

Scholes Jadi Pengurus?

Diterbitkan: Khamis, 12 Oktober 2017 7:39 AM

(Ubah saiz teks)

BEKAS pemain tengah Manchester United, Paul Scholes hadir temuduga bagi jawatan pengurus di sebuah kelab di England.

Kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya adalah Oldham Athletic, kelab Liga Satu England, lapor Radio BBC Manchester.

Scholes, 42, menamatkan kariernya selaku pemain profesional pada 2013.

Dia pernah melakukan 700 penampilan bersama United dan membantu pasukan itu memenangi 11 gelaran Liga Perdana Inggeris.

Sejak bersara, Scholes bekerja sebagai pundit di sebuah stesen televisyen.

Malah dia juga merupakan pemilik bersama kelab Salford City bersama rakannya, Ryan Giggs, Gary dan Phil Neville serta Nicky Butt.

Oldham menduduki tangga ke-19 dalam liga divisyen tiga bola sepak Inggeris itu.

Tags / Kata Kunci: Paul Scholes
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan