Hatrik Messi Bawa Argentina Ke Piala Dunia 2018

Diterbitkan: Rabu, 11 Oktober 2017 5:52 PM

(Ubah saiz teks)

LIONEL Messi mengetuai skuad Argentina meraikan kejayaan mara ke saingan Piala Dunia 2018.

Messi menjaringkan hatrik pada pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 bertemu Ecuardo dengan kemenangan 3-1 di Estadio Olimpico Atahualpa.

Argentina sebelum ini terdesak untuk menraih kemenangan untuk kekal di tempat ketiga bagi melayakkan diri ke pentas akhir Piala Dunia di Rusia tahun depan.

Keputusan tersebut menyaksikan Argentina mengiringi dua lagi pasukan dalam kumpulannya yang telah layak iaitu Brazil dan Uruguay.

Messi merai kejayaan ke Piala Dunia 2018 di bilik persalinan selepas menang ke atas Ecuador.

Pengurus  Jorge Sampaoli mengakui pasukannya 'berhutang' dengan Messi yang membawa mereka layak ke Piala Dunia.

"Hari ini kita bertuah kerana pemain terbaik dunia adalah pemain Argentina.

"Kami perlu pastikan tidak terlalu bergantung kepada Leo, tetapi hari ini dia telah menunjukkan kelebihannya.

"Saya memberitahu sekumpulan orang bahawa Messi tidak berhutang dengan Argentina untuk ke Piala Dunia, tetapi bola sepak berhutang Piala Dunia untuk Messi.

"Kita perlu membantunya di Piala Dunia nanti," jelas Sampaoli.

Tags / Kata Kunci: Lionel Messi

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan