Real Madrid Pertimbang Jual Bale

Diterbitkan: Rabu, 11 Oktober 2017 7:21 AM

Gareth Bale. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

REAL Madrid dilaporkan semakin bosan dengan masalah kecederaan Gareth Bale, dan sedang mempertimbangkan untuk menjualnya dengan harga beliau semasa 2013 hampir £86 juta (RM479.35 juta).

Bale menyertai Santiago Bernabeu selepas perpindahan daripada Tottenham.

Bagaimanapun waktunya juga telah terhalang akibat kecederaan yang dialaminya.

Pemain berusia 28 tahun itu kini bergelut dengan masalah yang dihadapi pada betis kiri sehingga yang menyaksikan beliau terlepas dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 dengan Georgia dan Republik Ireland.

Difahamkan, Real Madrid akan mempertimbangkan untuk mengeluarkan Bale, sekiranya mereka mendapat bayaran £86 juta, iaitu jumlah yang dibayar untuk mendapatkan pemain itu daripada Spurs empat tahun lalu.

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho menyukai pemain kelahiran Wales itu dan berharap dapat membawanya ke Old Trafford sebelum ini.

Kelab gergasi Liga Premier itu dikaitkan dengan perpindahan Bale pada musim panas lepas tetapi pemain itu memilih kekal untuk berada di Sepanyol. - Mail Online

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan