Iceland Lakar Sejarah Ke Piala Dunia 2018

Diterbitkan: Selasa, 10 Oktober 2017 1:26 PM

(Ubah saiz teks)

ICELAND, antara negara paling kecil mengesahkan tiket ke Piala Dunia 2018.

Berita gembira itu menyusul selepas menewakan Kosovo 2-0 pada saingan Kalayakan Piala Dunia bagi Kumpulan I awal bagi Selasa.

Ia sekaligus menyaksikan Iceland bakal tampil buat julung kalinya di pentas Piala Dunia.

Gylfi Sigurdsson menjaringkan gol pertama Iceland selepas 40 minit permainan. Manakala Johann Gudmundsson melengkapkan kemenangan pada babak kedua perlawanan.


Lebih menarik, Iceland meraih kejayaan besar dalam sukan bola sepak biar pun hanya mempunyai populasi paling kecil 350,000 orang sahaja.

Sebelum ini negara paling kecil layak ke Piala Dunia adalah Trininad & Tobago pada tahun 2006 dengan populasi penduduknya 1.3 juta orang.

Jurutihnya yang juga bertugas sebagai doktor gigi separuh masa, Heimie Hallgrimsson berjaya membimbing pasukan itu menamatkan saingan di kedudukan teratas kumpulan dengan 22 mata dalam sepuluh perlawanan.

Selain itu, Ukraine dan Croatia masing-masing bekerja keras untuk merebut tempat kedua bagi memastikan layak ke pusingan akhir Piala Dunia yang akan berlangsung di Rusia tahun depan.

Sehingga kini 17 daripada 32 pasukan sudah layak ke saingan akhir Piala Dunia adalah Rusia (tuan rumah), Belgium, England, Jerman, Iceland, Poland, Serbia, Brazil, Costa Rica, Mexico, Iran, Arab Saudi, Jepun, Korea Selatan, Mesir dan Nigeria.

Tags / Kata Kunci: Iceland

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan