Arsenal Temui Pengganti Mesut Ozil - Bola Sepak | mStar

Arsenal Temui Pengganti Mesut Ozil

Diterbitkan: Selasa, 10 Oktober 2017 9:28 AM

(Ubah saiz teks)

ARSENAL dilapor sedia membida pemain muda Turki bagi menggantikan Mesut Ozil yang akan menamatkan kontraknya akhir musim ini.

Yusuf Yazici kini telah menjaringkan enam gol dan 10 bantuan gol dalam 22 perlawanan liga untuk kelabnya, Trabzonspor.

Selain itu, penyokong kelab berkenaan turut menyifatkan Trabzonspor telah melahirkan seorang lagi Ozil.

Portal berita Turki melaporkan, Arsenal telah membuat pemantauan terhadap pemain tersebut dan sedia untuk mendapatkan khidmatnya.

Kelab bimbingan Arsene Wenger itu juga didakwa akan membuat bidaan sebanyak £14.4 juta.

Bagaimanapun, akhbar Turki pula melaporkan, Arsenal bakal mendapat tentangan daripada Monaco dan Benefica bagi mendapatkan pemian berusia 20 tahun berkenaan.

Menyedari, 'ubinya' bakal 'dicuri', Trabzonspor tampil menyatakan pendirian dengan tidak akan menjual Yusuf.

Tags / Kata Kunci: Arsenal , Mesut Ozil , Yusuf Yazici
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan