Piala Malaysia: Tiket Separuh Akhir Dijual Khamis

Diterbitkan: Isnin, 9 Oktober 2017 7:37 PM

Pemain Perak Mohamad Zaquan Adha Abd Razak (kiri) merembat bola sambil dihadang oleh pemain Pahang Francisco Insa Bohigues (tiga, kanan) pada perlawanan Suku Akhir Kedua Piala Malaysia Perak menentang Pahang di Stadium Perak pada 24 September lalu. - Bernama

(Ubah saiz teks)

IPOH: Tiket perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017 antara Perak dan Johor Darul Ta' zim (JDT) di Stadium Perak, Ahad ini, akan mula dijual, Khamis ini.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Ahmad Shahrul Azhar Sofian berkata penyokong boleh mendapatkan tiket di kaunter stadium mulai jam 10 pagi.

Harga tiket untuk orang dewasa adalah RM25 untuk tempat duduk di pentas utama dan RM12 untuk tempat duduk terbuka manakala RM12 untuk kanak-kanak (tempat duduk pentas utama) dan RM5.30 untuk tempat duduk terbuka.

Selain itu, katanya, Pafa juga akan membuka kaunter di beberapa daerah lain seperti Kuala Kangsar, Gerik, Taiping dan Teluk Intan bagi melancarkan urusan penjualan tiket.

"Lokasi penjualan tiket di setiap daerah itu belum dimuktamadkan lokasinya namun kita telah minta persatuan bola sepak di daerah yang dipilih itu untuk cari lokasi strategi.

"Selain itu, penjualan tiket secara dalam talian juga dibuka menerusi www.stubapp.com/," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Tags / Kata Kunci: Piala Malaysia

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan