Skandal Rooney Naik Angin - Bola Sepak | mStar

Skandal Rooney Naik Angin

Diterbitkan: Isnin, 9 Oktober 2017 10:08 AM

(Ubah saiz teks)

SKANDAL Wayne Rooney, Laura Simpsons tidak dibenarkan memasuki bar milik Gary Neville yang baharu dibuka di Mahiki, Manchester.

Simpsons bagaimanapun marah dengan tindakan tersebut.

Majlis pembukaan bar tersebut awal bulan lalu menyaksikan kehadiran tetamu VIP seperti David Beckham dan Calum Best yang juga pemilik bersama Neville.

Sumber memberitahu The Sun Online:"Nama Laura dalam senarai larangan masuk ke bar tersebut. Dia satu-satunya individu yang tidak dibenarkan masuk.

"Dia naik angin apabila mengetahui perkara itu. Dia hanya mahu masuk ke dalam bar yang baharu dibuka itu tetapi tidak diberi peluang," kata sumber itu.

Selepas skandal Rooney dan Simpsons terbongkar, perkahwinan bekas pemain Manchester United itu bersama isterinya, Coleen diambang keretakan.

Malah, Rooney turut dilarang memandu selama dua tahun dan perlu menjalani khidmat kemasyarakatan akibat memandu di bawah pengaruh alkohol.

Tags / Kata Kunci: Wayne Rooney , Laura Simpsons
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan