Rooney Tak Cukup Kasih Sayang

Diterbitkan: Isnin, 9 Oktober 2017 10:12 AM

Wayne Rooney

(Ubah saiz teks)

LAYANAN terhadap Wayne Rooney telah menggambarkan tentang cara peminat England menghargai pemain dan pasukan kebangsaan, kata bekas pengurus England Sven-Goran Eriksson.

Eriksson berkata, Rooney adalah penjaring terbanyak untuk Manchester United dan England, dan ia adalah sesuatu yang tidak boleh dipertikaikan.

Katanya, jika Rooney berasal dari Itali, dia akan lebih disayangi seperti mana Francesco Totti.

"Anda tidak mengkritik Totti di Itali. Kadang-kadang mungkin ada alasan untuk dia dikritik, tetapi dia tidak akan disentuh.

"Ini tidak berlaku terhadap Rooney dan England, tetapi saya boleh beritahu anda dia tetap berdepan latihan kerana dia sangat suka bermain dan berlatih," katanya.

Eriksson yang mengendalikan England dari 2001 hingga 2006 juga percaya Rooney lebih layak disayangi berbanding Totti.

"Adakah dia dihargai sebagai pemain England? Mungkin tidak.

"Anda lihatlah beberapa pemain bintang Inggeris masa lalu, seperti Rooney dan David Beckham yang telah dikritik.

"Anda perlu bertanya apa yang anda mahu daripada pemain-pemain ini? 

"Tak elok apabila anda mencari perkara-perkara yang buruk.

"Saya suka menguruskan England lebih dari segalanya tetapi ada masanya ketika lima tahun lalu saya terfikir 'kenapa saya tinggalkan Itali?' hanya kerana anda begitu banyak mengkritik. Ia berbeza dengan orang Itali.

"Di Itali, selagi anda tidak melakukan jenayah, mereka tidak peduli dengan kehidupan peribadi anda.

"Anda hanya akan dikritik apabila kalah dalam perlawanan bola sepak," katanya. -dailymailUK

Tags / Kata Kunci: Wayne Rooney , Sven-Goran Eriksson

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan