Bukan Barca, Messi Saran Kelab Untuk Sanchez

Diterbitkan: Isnin, 9 Oktober 2017 3:21 PM

Alexis Sanchez

(Ubah saiz teks)

PENYERANG dari Argentina, Lionel Messi, menyarankan agar Alexis Sanchez bergabung dengan Paris Saint Germain (PSG) jika mahu meninggalkan Arsenal.

Di penghujung kempennya musim ini, Sanchez dilihat tidak akan menyambung kontraknya bersama Arsenal.

Walaupun Arsenal tidak berputus asa untuk mempertahankannya, Sanchez dilihat akan angkat kaki kerana banyak kelab besar sedang mengintai dirinya.

Ketika banyak spekulasi tentang masa depan Sanchez timbul, sebuah media di Sepanyol Don Balon melaporkan bahawa Messi mencadangkan agar bekas rakannya di Barca itu berhijrah ke PSG.

Don Balon sebelum ini melaporkan bahawa Messi dan Sanchez berkawan baik ketika sama-sama menyarung jersi Barcelona dan sehingga kini masih bertukar informasi.

Dalam laporan yang sama juga disebutkan bahawa Messi sedar bahawa Barcelona tidak berminat untuk mendatangkan kembali Sanchez, walaupun secara percuma.

Justeru dia menyarankan agar Sanchez berpindah ke PSG, di mana dia mampu menjadi salah seorang pemain bintang bersama Neymar, Edinson Cavani dan Kylian Mbappe.

Sebelum ini Sanchez hampir ke Stadium Etihad bersama Manchester City namun perpindahan tersebut gagal dengan alasan Arsenal, Thomas Lemar tidak mahu meninggalkan AS Monaco untuk bersama mereka.

Tags / Kata Kunci: Lionel Messi , Alexis Sanchez

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan