Raiola Gagal Pujuk Dybala

Diterbitkan: Ahad, 8 Oktober 2017 8:35 AM

Paulo Dybala.

(Ubah saiz teks)

MINO Raiola gagal dalam percubaan membawa masuk penyerang Juventus, Paulo Dybala ke Manchester United pada Ogos lalu.

Raiola bertindak sebagai ejen untuk beberapa bintang ternama seperti Romelu Lukaku, Paul Pogba, Zlatan Ibrahimovic, Henrikh Mkhitaryan dan Sergio Romero.

Tuttosport mendakwa Raiola cuba menjadi ejen Dybala pada musim panas lalu dalam usaha membawa pemain itu ke Old Trafford.

Menurut laporan itu, Jorge Mendes juga mahu menjadi wakil baharu bintang Argentina tersebut bagi memastikan perpindahannya ke Real Madrid menjadi kenyataan.

Namun Dybala menggantikan bekas ejennya, Pierpaolo Triulzi dengan abangnya, Gustavo yang menetap di Barcelona.

Dybala dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona pada Ogos lalu tetapi Juventus sudah menawarkan kontrak jangka panjang kepada pemain berusia 23 tahun itu.

"Dbyala amat bernilai dan kami bukan kelab yang menjual pemain.

"Saya ulangi masa depan pemain terletak di tangan mereka sendiri tetapi Dybala sudah menyatakan komitmennya terhadap kelab," kata Pengurus Besar Juventus, Beppe Marotta.

Bulan lalu, Manchester United dilaporkan bersedia menawarkan bidaan 155 juta pound sterling terhadap Dybala dan pemain itu menyedari minat kelab gergasi England itu terhadapnya.

Tags / Kata Kunci: Paulo Dybala

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan