Pique, Shakira Berpisah? - Bola Sepak | mStar

Pique, Shakira Berpisah?

Diterbitkan: Sabtu, 7 Oktober 2017 8:41 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS dikecam teruk penyokong Sepanyol, timbul pula khabar angin bahawa Gerard Pique dan kekasihnya, Shakira sudah berpisah.

Pemain pertahanan Barcelona itu dipercayai sudah menamatkan hubungan selama enam tahun dengan penyanyi pop Colombia tersebut, lapor portal Sepanyol, Cotilleo.

Malah, berita perpisahan mereka sebenarnya sudah kedengaran sejak beberapa bulan lalu.

Namun sumber terdekat dengan Shakira mengesahkan kepada Cotilleo bahawa pasangan itu baharu sahaja berpisah secara baru-baru ini.

"Ia sesuatu yang serius dan Shakira telah membuat keputusan muktamad mengenai perkara itu," katanya.

Kali terakhir Pique dan Shakira dilihat berada di khalayak ramai adalah pada majlis perkahwinan Lionel Messi dan pasangannya, Antonella Roccuzzo di Argentina.

Mereka dikurniakan dua anak, Milan, 4, dan Sasha, 2. 

Tags / Kata Kunci: Gerard Pique , Shakira
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan