Itali Dimalukan Macedonia

Diterbitkan: Sabtu, 7 Oktober 2017 7:51 AM

(Ubah saiz teks)

ITALI terikat 1-1 dengan Macedonia pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018, keputusan yang disifatkan sebagai antara paling memalukan pernah dilakar pasukan itu.

Gieorgio Chiellini meletakkan Itali di depan pada babak pertama tetapi juara Piala Dunia empat kali itu dikejutkan dengan pasukan lawan ketika perlawanan berbaki 13 minit.

Aleksandar Trajkovski menjaringkan gol penyamaan untuk memberikan Macedonia yang menduduki ranking ke-103 dunia satu mata berharga di Torino.

Keputusan seri itu turut dijejaskan dengan kemenangan 3-0 Sepanyol ke atas Albania.

Ini bermakna Itali perlu melayakkan diri ke pentas Piala Dunia menerusi aksi play off bulan depan.

Pengurus Itali, Giampiero Ventura menyalahkan tahap kecergasan pemain punca utama mereka melepaskan gol kepada pasukan lawan.

"Ia menjadikan perbezaan begitu ketara dan apabila kecergasan menurun, ketajaman pasukan hilang.

"Saya fikir babak pertama positif tapi babak kedua tidak. Apabila anda hilang arah itu yang berlaku," katanya.

Itali akan berkunjung ke Albania pada aksi terakhir peringkat kumpulan Isnin depan.

Tags / Kata Kunci: Itali , kelayakan Piala Dunia 2018

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan