Mario Gomez Kembali Bimbing Pasukan Liga M?

Diterbitkan: Jumaat, 6 Oktober 2017 9:13 AM

(Ubah saiz teks)

BEKAS jurulatih JDT, Mario Gomez berkemungkinan akan kembali mewarnai pentas Liga Malaysia musim depan.

Jurulatih berumur 60 tahun itu difahamkan telah menghubungi beberapa pasukan Liga Super dan dua pasukan berstatus kelab, PKNS dan Felda sedang pertimbangkan tawaran berkenaan.

Peluang mungkin lebih terbuka kepada PKNS yang ketika ini masih tercari-cari jurulatih baharu apabila Sven Gartung direhatkan pada bulan lalu.

Dengan kejayaan kekal di Liga Super musim depan, PKNS sedang mengorak langkah mempersiapkan pasukan dengan cuba membawa masuk beberapa pemain ternama tempatan namun mereka perlu dapatkan ketua jurulatih terlebih dahulu.

"Gomez masih berminat kendalikan pasukan di Liga Malaysia selepas tidak lagi berkhidmat dengan mana-mana pasukan sejak awal musim ini.

"Setakat ini Gomez menarik perhatian PKNS dan Felda tetapi tidak ada lagi perbincangan serius daripada kedua-dua pasukan.

"Mungkin beberapa minggu lagi kita akan lihat sebarang perkembangan seperti rundingan atau memeterai kontrak," kata sumber terbabit.

Felda pula berada di tahap 50-50 untuk melamar Gomez memandangkan jurulatihnya kini, B.Satianathan, berjaya perbaiki prestasi pasukan itu sejak diambil alih pada pertengaan musim.

Menduduki tempat ketiga Liga Super dan mara ke separuh akhir Piala Malaysia, berjaya membuatkan kedudukan Satianathan seperti terjamin tahun depan dan mungkin sukar melihat Gomez sertai Felda tambahan pula bekas jurulatih kebangsaan itu mempunyai kontrak berbaki setahun lagi.

Namun, sebarang kemungkinan boleh terjadi berikutan Felda merupakan sebuah pasukan yang kukuh daripada segi kewangan.

Tags / Kata Kunci: JDT , Mario Gomez , PKNS , Felda

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan