Victor Lindelof Akhirnya 'Buka Mulut' - Bola Sepak | mStar

Victor Lindelof Akhirnya 'Buka Mulut'

Diterbitkan: Khamis, 5 Oktober 2017 9:23 AM

(Ubah saiz teks)

VICTOR Lindelof akhirnya memberanikan diri untuk 'buka mulut' bagi menerangkan situasi yang dialami selepas tidak dibenarkan beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Lindelof tiba di Old Trafford dari Benefica dengan reputasi besar namun hanya baru membuat empat penampilan sahaja.

Bagaimanapun pertahanan Sweden itu mengakui tidak wujud sebarang masalah antara dia dengan Jose Mourinho sehingga tidak dapat beraksi untuk EPL.

"Ini antara saya dengan dia. Kami telah bercakap dengan baik tentang hal ini. Tiada apa-apa tekanan.

"Saya berada di sebuah kelab terbaik dunia, ia jelas. Kami perlu bersaing untuk mendapat tempat - saya masih ada masa," katanya.

Sementara itu, Mourinho pula berkata, Lindelof tidak diletakan di bawah tekanan untuk membuat penampilan di EPL.

"Dia bermain di posisi yang terlalu spesifik dan saya telah beritahu bahawa dia perlukan masa.

"Oleh itu dia akan diberikan masa dan peluang untuk menjadi yang terbaik. Tiada tekanan untuknya," jelas bekas pengendali Chlesea berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Victor Lindelof
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan