KFA Nafi Dua Tonggak Utama Ke JDT

Diterbitkan: Khamis, 5 Oktober 2017 3:02 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menafikan berita yang mengatakan dua tonggak utama iaitu Baddrol Bakhtiar dan Amirul Hisyam Awang Kecik akan berhijrah ke Johor Darul Ta'zim (JDT) pada musim depan.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata perkara itu tidak benar dan ia tidak pernah dinyatakan oleh pemain berkenaan kepada pihak pengurusan KFA berhubung hasrat ingin meninggalkan pasukan Kedah.

"Ini mungkin khabar angin yang datang dari sumber yang tidak sahih kerana belum ada pemain yang menyatakan hasrat untuk meninggalkan kelab kepada pihak pengurusan KFA.

"Kita telah mengadakan perbincangan bersama semua pemain sebelum ini dan kita nampak mereka masih berminat untuk terus menyarung jersi Kedah dan begitu juga KFA berminat untuk terus mengekalkan semua pemain," katanya kepada pemberita di Wisma Darul Aman di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan berhubung khabar angin tentang perpindahan Baddrol dan Amirul Hisyam ke JDT yang mula tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Baddrol Bakhtiar

Dalam pada itu, Aminuddin berkata pihaknya juga tidak menerima sebarang surat berhubung hasrat ingin menarik diri daripada ketua jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusoff.

"Kita masih menaruh kepercayaan kepada Mohd Nidzam untuk terus membimbing pemain Kedah dan ingin saya nyatakan di sini bahawa setakat ini di kem Kedah memang tiada berita berhubung dua perkara ini," katanya.

Katanya, tumpuan utama pemain sekarang adalah untuk menghadapi baki perlawanan Piala Malaysia 2017 di mana semua pemain telah berjanji untuk mempertahankan dan mencatat kejayaan pada musim ini.

"Oleh itu sya minta semua pemain untuk terus memberi tumpuan dalam baki perlawanan yang ada dan mencatat kejayaan demi peminat-peminat bola sepak Kedah," katanya.

Kedah bakal bertemu Felda United FC di Stadium Tun Abdul Razak pada 15 Oktober ini bagi perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017.- Bernama

Tags / Kata Kunci: KFA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan