Pogba Dilarang Main Bola Keranjang - Bola Sepak | mStar

Pogba Dilarang Main Bola Keranjang

Diterbitkan: Rabu, 4 Oktober 2017 5:09 PM

Pogba (kiri) dilarang bermain bola keranjang. Foto kredit:Splash News

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United melarang Paul Pogba bermain bola keranjang.

Menurut laporan Sun,  Pogba,24, dilarang bermain bola keranjang kerana dikhuatiri akan bertambah cedera, lebih-lebih lagi pemain itu kini diketepikan beberapa minggu kerana kecederaan di bahagian hamstring.

Pasukan perubatan United bimbang Pogba boleh berdepan dengan risiko kecederaan otot yang memberi kesan kepada lutut dan buku lali.

Sebelum ini, pengurus kelab Jose Mourinho mendedahkan Pogba mengalami kecederaan panjang selepas aksi pembukaan Liga Juara-Juara bertemu Basle.

Kecederaan Pogba itu tidak merisaukan Mourinho memandangkan skuadnya berjaya mencatat lima keme,nangan sejak dia direhatkan pada 12 September lalu.

Tags / Kata Kunci: Paul Pogba
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan