Real Madrid Tempah Bintang Tottenham Hotspur

Diterbitkan: Rabu, 4 Oktober 2017 9:10 AM

(Ubah saiz teks)

REAL Madrid tidak bercadang untuk menarik balik tawaran besar yang dibuat kepada Tottenham.

Kelab gergasi Sepanyol itu bersedia membida penyerang Spurs, Harry Kane yang mempunyai potensi harga 177 juta pound (RM992.14 juta), jelas laman web Don Balon.

Presiden kelab, Florentino Perez dikatakan telah lama mencari seorang penyerang, namun posisi itu diisi dengan Karim Benzema yang menjadi pilihan Zinedine Zidane dan Cristiano Ronaldo.

Bagaimana pun kini, Benzema dilihat berusaha untuk mengekalkan tahap, dan ia membuatkan Perez membuka peluang untuk membawa penyerang baharu ke Berbenabeu dan buat masa ini hanya Kane yang menjadi perhatian.


Pemain berusia 24 tahun itu menunjukkan aksi luar biasa dengan menjaringkan sebelas gol untuk Spurs musim ini dan dijangka bakal meraih 'Kasut Emas' Liga Perdana buat kali ketiga berturut-turut.

Sejak 28 Februari 2016, bintang kelahiran London itu merekodkan 44 gol keseluruhannya, dan hanya ketinggalan lapan gol di belakang Sergio Aguero.

Tags / Kata Kunci: Harry Kane

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan