Allardyce Saman FA

Diterbitkan: Rabu, 4 Oktober 2017 8:12 AM

(Ubah saiz teks)

SAM Allardyce dilaporkan akan memfailkan saman terhadap Persatuan Bola Sepak England (FA) kerana memecatkannya sebagai pengurus England pada September 2016.

Bekas pengendali West Ham dan Sunderland itu ada berhubung dengan FA dengan peguamnya mengeluarkan surat kepada mereka.

Eksekutif FA, Martin Glenn dan Pengerusi Greg Clarke menerima surat yang mendakwa cara persatuan itu mengendalikan situasi itu setahun yang lalu telah menjejaskan reputasi Allardyce.

Allardyce dipecat selepas susulan pendedahan seorang wartawan The Telegraph yang melakukan penyamaran untuk laporan eksklusif akhbar tersebut berhubung rundingan membabitkan perjanjian selama setahun bernilai 400,000 pound (RM2.1 juta) dengan wakil sebuah syarikat dari Asia Timur.

Malah Allardyce turut didakwa menunjukkan cara melepasi undang-undang FA dalam hal perpindahan pemain.

Susulan pendedahan itu, FA turut terkesan dengan dakwaan salah laku membabitkan Allardyce menyebabkan satu mesyuarat tergempar telah diadakan.

Allardyce dan peguamnya mempunyai keseluruhan transkrip rakaman video antara dirinya dan juga wartawan yang menyamar sebagai ahli perniagaan serta percaya dia tidak bersalah.

Pengendali berusia 62 tahun itu juga mendakwa dia tidak memberitahu wartawan tersebut bagaimana untuk melepasi undang-undang FA.

Malah katanya, rakaman itu membuktikan dia tidak bersalah atas tuduhan pemecatan persatuan tersebut.

The Daily Mail mendakwa FA masih belum menjawab surat tersebut.

Tags / Kata Kunci: FA , Sam Allardyce

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan